Thursday, March 18, 2010

Keluar Parti Bukan Perkara Baru





1. Pada tahun 1951, Yang Dipertua UMNO Datuk Onn Jaafar telah bertindak keluar parti kerana berkecil hati di atas penolakan ahli-ahli UMNO terhadap cadangan beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu. Langkah beliau turut diikuti oleh anakanda beliau Kapten Hussein Onn yang merupakan Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu.



2. Pada tahun 1953, Yang DiPertua Agung PAS Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan telah meletakkan jawatan dan mengumumkan penyertaannya beliau ke dalam Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Datuk Onn Jaafar. Beliau bertindak sedemikian apabila cadangannya untuk menyokong gagasan National Conference anjuran IMP ditolak oleh ahli-ahli PAS.



3. Selain mereka, ramai lagi pemimpin-pemimpin utama parti politik di Malaysia telah bertindak keluar atau lompat parti.



4. Tindakan keluar atau lompat parti bukanlah suatu yang baru dalam landskap politik Malaysia.



5. Walaupun kehilangan tokoh utamanya Datuk Onn Jaafar, UMNO telah muncul sebagai parti terkuat pada ketika itu di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak.


6. Begitu juga dengan PAS. Penganti Ustaz Fuad, Dr. Abbas Alias walaupun sibuk sebagai pegawai perubatan tetap mampu menjadikan PAS menjadi parti yang lebih tersusun berbanding sebelumnya. Kemudian PAS di bawah pimpinan Dr Burhanuddin Helmy dan Professor Zulkiflee Mohammed telah muncul sebagai parti pembangkang terkuat di Tanah Melayu pada era 60-an. Dalam PRU 1959, PAS mendapat 13 kerusi berbanding satu kerusi pada Pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu 1955.



7. Apabila Zahrain dan beberapa kerat pemimpin PKR terlibat melompat atau keluar parti, ramai yang muram dan marah-marah.



8. Mengapa perlu bermuram dan marah-marah? Mereka hanyalah pemimpin kecil yang hanya ibarat ‘melukut di tepian gantang’. Masuk tak bertambah, keluar tak berkurang.



9. Ahli-ahli PKR seharusnya bersyukur kerana ia telah memudahkan parti mereka untuk menjadi lebih bersih dan kuat.



10. Kesimpulannya, tindakan keluar atau lompat parti bukanlah suatu perkara baru dan janggal. Lainlah kalau Anwar Ibrahim yang keluar PKR!




p/s: idea Abe Hasbie ...harap semua faham dan ambil cakna tentang isu seperti ini.



Walaupun kita tahu kita masih pelajar bukan pegawai dan bukan juga ahli politik tetapi mahasiswa sekalian ,anda mestilah bingkas bangun dan berfikir ke hadapan jangan takut dengan ugutan , dan macam-macam lagi mehnah dan tribulasi dalam liku-liku perjuangan ini ,kelak jika anda kalah anda akan menyesal dan berada dalam golongan orang-orang yang gugur di medan ini...semoga terus thabat dalam perjuangan ikhlaskan niat dan sentiasa istiqomah !!!




Read more...

Kisah beribu tiri menyayatkan hati ini.

KUALA LUMPUR: Nasib beribu tiri. Itu kisah malang dialami dua beradik perempuan yang mendakwa saban hari dipukul ibu tiri menggunakan paip getah di rumah mereka di sebuah kuarters kerajaan di ibu negara tanpa alasan kukuh.



Lebih kejam apabila perbuatan tidak berperikemanusiaan itu berlarutan lebih lima tahun sehingga seorang daripada mereka terpaksa ditahan di wad hospital akibat kecederaan serius.




Difahamkan, wanita terbabit berkahwin dengan bapa mangsa pada 2002 dan dikurniakan lima cahaya mata.




Sejak memperoleh anak kandung, perwatakan wanita terbabit berubah dan sering memukul kedua-dua anak tirinya yang masing-masing berusia 15 dan 12 tahun.




Namun, penderitaan dua beradik terbabit berakhir Jumaat lalu apabila guru kelas seorang daripada mangsa menyedari perubahan sikapnya yang tiba-tiba menjadi murung.




Guru terbabit melakukan pemeriksaan sebelum menemui kesan lebam pada seluruh badan mangsa.






Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan. Mangsa yang berusia 15 tahun terpaksa ditahan di wad selama lima hari sebelum dibenarkan keluar petang semalam, manakala adiknya yang berusia 12 tahun yang turut mempunyai kesan lebam hanya dirawat sebagai pesakit luar.




Difahamkan, doktor yang merawat mangsa mengarahkan pihak pengurusan sekolah berkenaan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.




Mangsa dengan bantuan pihak sekolah menghubungi ibu kandungnya yang menetap di Tampoi, Johor, bagi memaklumkan kejadian itu.




Ibu kandung mangsa, Sarina Ali, 40, ketika dihubungi berkata, sejak berpisah dengan bekas suaminya lapan tahun lalu, kedua-dua anaknya itu tinggal bersama bapa mereka manakala anak sulungnya yang berusia 17 tahun tinggal bersamanya selepas dihalau ibu tirinya itu.




“Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan anak kedua berusia 15 tahun yang tinggal bersama bekas suami.




“Dia (anak kedua) mendakwa ibu tirinya menggunakan getah paip setiap kali memukulnya tanpa mengetahui kesalahan dilakukannya. Malah, anak saya juga mendakwa sering diperlakukan seumpama itu sejak lima tahun lalu.




“Tidak cukup dengan itu, anak bongsu yang berusia 12 tahun juga menerima nasib sama,” katanya.




Dia berkata, perbuatan wanita terbabit menyebabkan kedua-dua anaknya kini dalam keadaan trauma.




“Saya membuat laporan ini (kepada polis) supaya pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap suspek. Malah, saya juga tidak akan teragak-agak menuntut semula hak penjagaan mereka di mahkamah.




“Lagipun, sekiranya mereka terus dibiarkan tinggal bersama ibu tirinya itu, ia akan memburukkan lagi keadaan.



“Malah, saya meminta bekas suami membenarkan kedua-dua mereka tinggal bersama saya,” katanya.



saya percaya bukan semua ibu tiri bersifat sedemikian rupa...





Jauhkanlah Kami daripada golongan yang zalim Ya ALLAH...






Read more...

Saturday, March 13, 2010

Gambar yang menafsir...

Semalam selepas selesai majlis di mansurah ,bergegas ke kaherah pula kerna ada majlis bersama YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.,saya sangkakan majlis bermula awal tetapi saya bernasib baik kerana majlis semasa saya sampai Drs Khalil Idham Lim tengah berucap .



Selepas itu diikuti oleh Ust Abu Bakar Pesuruhjaya PAS Perak,dan terakhir sekali YB Dato Seri Ir.Nizar sendiri , ramai hadirin yang datang malam td ,di dataran kompleks hayyu ashir kalau diikutkan rasa letih dan bermacam-macam hal yang berlaku semasa dan selepas selesai program membuatkan semangat berkurang sedikit tapi sempat di hilangkan rasa letih dan macam-macam itu dan terus semangat kembali.,




Seorang kawan ada menghantar komen dalam FB td mengatakan : berani sungguh , tak reti nak slow sikitke datang mesir ni?... tapi saya hanya mampu tersenyum membacanya kerna itulah minat saya sejak di malaysia dari kecil hingga dewasa(umur 22 tahun)ni tidak pernah rasa bosan .
Apa yang perlu ditakutkan , mereka juga manusia (org sebelah sana) ,tapi tidak mengapa ALLAH kan ada. tapi yang baru hendak berjinak-jinak kena kuat janganlah anda takut !!!
kata seorang ustaz dikaherah yang berbunyi : Jiwa ISLAM mesti berani !
dan kata Presiden PMRAM ustaz Mui'zz pula : bekerja kerna kefahaman bukan kerna semangat. !!!



Itulah kata-kata yang akan saya pegang sehingga mati insyaALLAH sehingga saya masih berada di dunia, doakan saya semua.
saya update blog ni adalah kerna terkesan dengan kata2 seseorang selepas pulang dari bermain bola tadi dia kata kena update blog tu jangan biar sunyi,adakah sebab nak kena fikir ayat-ayat yang sedap didengar baru kita boleh berblog? saya kata ada sebabnya tidak update seperti dulu (hanya dia dan saya saja yang tahu ),





selepas majlis, sempat bergambar dgn Drs Khalil Idham Lim.







selepas selesai majlis, jamuan di rumah selangor






makan hamam mahsyi.



Read more...

Thursday, March 11, 2010

Manusia yg Zalim(Nauzubillah)

Teman Lelaki Ibu Syafiah Humairah Didakwa Sebabkan Kematian



KUALA KUBU BHARU: Dua minggu selepas kematian kanak-kanak Syafiah Humairah Sahari yang tragis, teman lelaki kepada ibunya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh.



Mohd Fazli Azri Jamil, 28, yang bekerja sebagai pemandu teksi mengangguk tanda faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zuraida Zakaria.



Beliau yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Syafiah Humairah, 3, di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30 Ulu Yam Lama Batang Kali, Selangor, 6.30 petang, pada 25 Februari lepas.



Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.



Mohd Fazli yang ditahan di Penjara Tapah sejak ditangkap pada 26 Februari lepas dibawa ke mahkamah pada pukul 9.45 pagi dengan diiringi beberapa pegawai polis.



Turut kelihatan di mahkamah sejak awal pagi ialah bapa saudara Syafiah dan anggota keluarga yang lain.



Timbalan Pendakwa Raya Noorjidah Mohd Jusan memohon satu tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan kimia serta autopsi siap, dan Zuraida kemudiannya menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan semula kes.




Syafiah Humairah dilaporkan meninggal dunia dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh, selain luka di muka, dagu dan telinga serta lebam di kaki dan tangan. - BERNAMA.







pedih perut bilamana mendengar kes-kes begini berlaku .



Minta dijauhkan daripada kita semua...



Malaysia semakin hari semakin tak selamat...








Read more...

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP